Thursday 19 May 2011

Sejarah Penubuhan AADK

Dalam usaha awal kerajaan bagi menghadapi masalah dadah adalah melalui tindakan undang-undang dengan menguatkuasakan Akta dadah Berbahaya 1952. Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang ini dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan berkenaan secara berasingan. Usaha-usaha untuk menyalaraskan penguatkuasaan undang-undang ini hanya mula dibuat pada tahun 1972, apabila Pusat Biro Narkotik bertanggungjawab mengawal dan mengawasi masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan dan penyelarasan serta penyelidikan. Biro ini dibubarkan dan digantikan dengan Urusetia Dadah pada Ogos 1979 dan pada 1983 digantikan oleh Pasukan Petugas Anti Dadah. Tugas Penguatkuasaan Biro  diambil oleh cawangan Antidadah, Polis Diraja Malaysia. Pasukan Petugas Anti dadah akhirnya dimasukan ke Kementerian Keselamatan Dalam Negeri 1995.
Agensi Dadah Kebangsaan di wujudkan pada tahun 1996 setelah kerajaan bersetuju terhadap hasil percantuman Pasukan Petugas Anti Dadah dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri. Kerajaan telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan yang bertanggungjawab sebagai Urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah. Misi Agensi Dadah Kebangsaan ialah untuk memerangi ancaman dadah bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah.
Pada Disember 2004 Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 ditubuhkan, Agensi Dadah Kebangsaan ditukar nama kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan diletakan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, walaupun nama bertukar dari Agensi Dadah Kebangsaan ke Agensi Antidadah Kebangsaan, namun peranan dan fungsi tetap sama hanya bernaung di bawah kementerian yang berlainan sahaja.

Motto

Moto Agensi Antidadah Kebangsaan ialah, “Bersama Membasmi Dadah”, jika kita hayati moto ini membasmi dadah bukalah hanya terletak di bahu Agensi Antidadah Kebangsaan semata-mata tetapi juga semua pihak harus berkerjasama membentras gejala penagihan dadah tidak kira siapa. Ini kerana macamana pun usaha yang Agensi Antidadah Kebangsaan jalankan, tanpa sokongan dari pelbagai pihak usaha ini akan menjadi sia-sia.

Misi

Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah

Visi

Agensi Utama Memerangi Dadah

Objektif


Agensi Antidadah Kebangsaan di letakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri, Dengan mengariskan 4 Objektif iaitu  :
  1. Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah.
  2. Merawat dan memulihkan penagih dadah.
  3. Mencegah penagihan semula dan
  4. Membanteras bekalan pengedaran dadah dan penyalahgunaaan dadah.

Bidang Tugas AADK

Bidang tugas Agensi Dadah Kebangsaan adalah seperti berkut :-
·         Melaksanakan program pencegahan
·         Melaksanakan program rawatan dan pemulihan Meningkatkan sistem maklumat dadah 
       dan menilai keberkesanan program anti dadah negara
·         Meningkatkan kerjsama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman  dadah
·         Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan

Fungsi & Peranan


Agensi Antidadah Kebangsaan adalah Agensi utama dalam memerangi dadah. Antara fungsi dan peranan AADK ialah :
·     Melaksanakan program pencegahan dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat atasan, iaitu   dari sekolah rendah hinggalah tempat kerja, serta komuniti.
·     Melaksanakan program rawatan dan pemulihan dalam institusi dan komuniti.
·     Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program Anti Dadah Negara.
·     Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah dan memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan.
·     Dan  AADK juga sedang dalam persediaan melatih kakitangan untuk terlibat sepenuhnya dalam penguatkuasaan.

Penubuhan Agensi Antidadah Kebangsaan ini merupakan satu alternative negara bagi mengatasi masalah dadah. Agensi Antidadah Kebangsaan mempunyai beberapa bahagian utama iaitu :

  1. Bahagian Pencegahan,  Perancangan dan Penyelidikan
  2. Bahagian Rawatan dan Pemulihan
  3. Bahagian pengurusan
  4. Teknologi maklumat
  5. Penyelarasan
  6. Kaunseling
  7. Institusi – pada masa kini AADK ada 29 Pusat Serenti di seluruh Malaysia, dan hanya ada satu sahaja Pusat Serenti Wanita yang terletak di Bachok Kelantan.
  8. Perkhidmatan luar
  9. Penguatkuasaan / keselamatan
  10. Keagamaan
  11. Publisiti
  12. Perancangan dan Penyelidikan
  13. Antarabangsa