RADA

Rakan Antidadah (RADA)
  • Keanggotaan sukarela oleh warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas.
  • Bergerak sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi ancaman dadah di kawasan masing-masing.
Objektif Rakan Antidadah (RADA)
  • Mendidik rakyat Malaysia untuk bertanggungjawab kepada masalah dadah dan membantu membanterasnya.
  • Membentuk sahsiah pembangunan belia sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang penyalahgunaan dadah.
  • Mewujudkan pasukan sukarelawan antidadah yang sentiasa peka dan komited terhadap kerja-kerja pencegahan dadah.
  • Menggemblengkan seluruh tenaga ahli di semua peringkat dalam usaha menangani masalah dadah di peringkat akar umbi.
  • Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong.
  • Bantu-membantu sesama ahli serta berganding bahu dengan AADK dalam usaha melaksanakan program pencegahan dan memerangi dadah.
  • Memperkembangkan aktiviti antidadah dalam masyarakat.
  • Menggerakkan masyarakat bagi memastikan setiap keluarga, tempat kerja dan komuniti bebas dadah.
Fungsi Rakan Antidadah (RADA)
  • Pasukan sukarelawan
  • Menjadi Role Model
  • Mempengaruhi masyarakat membenci dadah
  • Agen pengumpul dan penyebar maklumat
Kenapa anda perlu menjadi ahli RADA?
  • Berpengetahuan dan mempunyai kesedaran tentang masalah dadah di Malaysia.
  • Memastikan anda dan keluarga anda bebas daripada dadah.
  • Satu pasukan yang mempunyai hala tuju khusus untuk membantu AADK dalam komuniti.
  • Boleh memberi khidmat yang bererti kepada komuniti.
  • Agen pengumpul dan penyebar maklumat kepada komuniti.

Contoh Kad Ahli RADA